MyDigital ID : Soalan Lazim

Modified on Mon, 29 Jul, 2024 at 12:51 PM

1.Apa itu MyDigital ID?
MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian.
2.

Adakah MyDigital ID satu alternatif pengenalan diri yang menggantikan MyKad?

Tidak.
MyDigital ID tidak menggantikan MyKad atau mana-mana dokumen pengenalan diri lain. MyDigital ID ialah pengenalan diri untuk transaksi dalam talian.
3.Adakah MyDigital ID menyimpan data biometrik pengguna seperti cap jari, maklumat iris mata atau pengecaman wajah?
Tidak.
MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik pengguna.
4.Adakah MyDigital ID mengumpul data peribadi atau memantau pengguna dalam talian?
Tidak.
MyDigital ID tidak mengumpul data peribadi dan tidak memantau sebarang data atau aktiviti pengguna dalam talian.
5.

Bolehkah pengguna memiliki lebih daripada satu identiti digital?

Tidak boleh.
MyDigital ID tidak membolehkan pengguna memiliki atau mendaftar lebih daripada 1 (satu) identiti digital.
6.Adakah teknologi MyDigital ID menggunakan sebarang cip atau implan ke atas pengguna?
Tidak.
MyDigital ID tidak menggunakan sebarang cip atau implan ke atas pengguna. Sistem ini memperoleh rujukan dan maklumat daripada pangkalan data MyKad dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
7.

Adakah pengguna MyDigital ID perlu membayar yuran pendaftaran?

Tidak.
Pendaftaran MyDigital ID adalah percuma kepada semua rakyat malaysia.
8.Adakah terdapat tarikh luput atau tempoh sah bagi MyDigital ID yang telah didaftarkan?
Ya.
Sijil Kuasa MyDigital ID adalah sah digunakan selama 1 (satu) tahun selepas tarikh pendaftaran. Ini adalah salah satu ciri keselamatan MyDigital ID. Selepas tarikh luput, pengguna perlu memperbaharui pendaftaran.
9.Apakah maksud log masuk tunggal (Single Sign-On) dalam konteks MyDigital ID?
MyDigital ID boleh digunakan sebagai kaedah log masuk untuk perkhidmatan dalam talian. Kaedah log masuk tunggal bererti penggunaan log masuk yang boleh digunakan untuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan selain MyDigital ID.
10.Adakah penggunaan MyDigital ID hanya boleh melalui telefon pintar sahaja?
Ya. MyDigital ID hanya boleh digunakan melalui telefon pintar. Pengguna perlu memuat turun aplikasi MyDigital ID di telefon pintar masing-masing untuk mendapatkan dan menggunakan MyDigital ID.
11.Di manakah lokasi tempat mendaftar MyDigital ID?

Pendaftaran boleh dibuat melalui dua (2) kaedah iaitu secara dalam talian atau kios MyDigital ID.


1) Secara dalam talian – Klik pada ikon MyDigital ID di dalam aplikasi MyPay dan rujuk langkah-langkah di sini.


2) Melalui kios – Sila rujuk di sini untuk lokasi kios di seluruh negara.

12.Apakah akan terjadi sekiranya telefon pintar pengguna hilang atau rosak?
Sekiranya telefon pintar pengguna hilang atau rosak, pengguna hanya perlu membatalkan MyDigital ID di kios atau peranti, dan perlu mendaftar semula. Aplikasi MyDigital ID tidak boleh digunakan oleh orang lain tanpa kata laluan pengguna sebenar.
13.Apakah akan terjadi sekiranya aplikasi MyDigital ID dinyahpasang atau dipadamkan dari telefon pintar pengguna?
Sekiranya aplikasi MyDigital ID telah dinyahpasang atau dipadamkan dari telefon pintar, Sijil Digital akan menjadi tidak sah. Pengguna perlu membatalkan MyDigital ID di kios, dan perlu mendaftar semula.
14.Apakah kemungkinan akaun pengguna digodam sekiranya menggunakan MyDigital ID sebagai akses log masuk?
Kaedah log masuk menggunakan MyDigital ID tidak memerlukan penghantaran sebarang kunci rahsia atau kata laluan pengguna kepada penyedia perkhidmatan, sebaliknya menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MyDigital ID, menggunakan telefon pintar pengguna tersebut. Dengan kaedah sebegini, aktiviti mengumpul kata laluan pengguna melalui laman web palsu tidak lagi berkesan. Walau bagaimanapun, keselamatan akaun pengguna dalam sebarang perkhidmatan dalam talian adalah bergantung kepada penyedia perkhidmatan tersebut.
15.Adakah pengguna boleh membatalkan MyDigital ID pada bila-bila masa sahaja?
Ya.
Pengguna boleh membatalkan MyDigital ID di mana-mana kios. Dokumen pengenalan diri perlu dibawa untuk proses pembatalan.
16.Adakah MyDigital ID satu inisiatif Kerajaan dan adakah semua rakyat wajib mendaftar?
MyDigital ID adalah salah satu inisiatif Kerajaan. Buat masa ini rakyat tidak diwajibkan mendaftar. Walau bagaimanapun, rakyat disarankan untuk mendaftar dan menggunakan MyDigital ID untuk menjamin keselamatan dari ancaman siber, dan juga memudahkan akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.
17.

Adakah MyDigital ID sama dengan PADU?

Tidak.
MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu mengakses dan melaksanakan urusan transaksi dalam talian, manakala PADU adalah pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap yang menetap di Malaysia.
18.Siapakah pemaju sistem ini?
MyDigital ID dibangun dan diselenggara oleh MIMOS, dengan penggunaan bakat tempatan sepenuhnya. MIMOS adalah sebuah agensi strategik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Sistem MyDigital ID mematuhi piawaian ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat). Untuk maklumat lanjut mengenai MIMOS, sila layari www.mimos.my
19.

Apakah hubung kait MyPay dengan MyDigital ID?

MyPay adalah salah satu platform yang mempromosikan MyDigital ID dalam usaha membantu pihak MIMOS menjayakan projek digital ini.
20.Dimanakah saya boleh dapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan dengan MyDigital ID ini?
Anda boleh rujuk disini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan MyDigital ID.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article